hormat bukan semata-mata
utk sesetengah orang.
Hormat adalah utk semua orang..
pertama sekali, hormatilah ibu dan bapa..
cintai mereka tanpa sebarang syarat..
sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi kita semasa kita kecil..
doakan kesejahteraan mereka, utamakan permintaan mereka dan jagalah mereka tanpa mengharapkan satu titik balasan pun..
kedua, hormatilah guru-guru..
merekalah yg memenuhkan minda kita dgn ilmu.
mereka yg membimbing kita sejak kita tak pandai membaca sehinggahlah kita hafal beratus-ratus formula..
hormati mereka, dan insya-Allah ilmu kita menjadi lebih berkat..
ketiga, hormati orang yg lebih tua..
pengalaman mereka membuatkan mereka lebih mulia drpd kita..
keempat, hormati rakan-rakan..
jgn sesekali menghina, mengejek ataupun mencaci..
seorang rakan yg sejati tak akan sekali-kali berkata buruk berkenaan rakannya..
sentiasa sokong rakan kita, dan insya-Allah mereka akan menyokong kita kembali..
kelima, hormati orang yg lebih muda drpd kita..
pada masa akan dtg, mgkin mereka akan jadi lebih hebat dan berjaya drpd kita..
oleh itu, hormatilah semua orang..
insya-Allah kita akan
di hormati semua orang.. =')